Personal Class – Wan Norma Yusoff

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

11 Januari 2020 – Puan Wan Norma Yusof adalah seorang usahawan yang juga bergiat aktif di dalam bidang politik dan kebajikan. Beliau hadir ke PI Linggi untuk belajar cara-cara membuat permohonan secara atas talian bagi perniagaan dan pertubuhan kebajikan yang disertainya sebagai setiausaha.

Antara yang beliau pelajari ialah cara membuat Pendaftaran Perniagaan di SSM, Permohonan Lesen Bomba untuk premis di http://lesen.bomba.gov.my, dan Pendaftaran Pertubuhan di https://www.eroses.gov.my/ Registry of Societies Electronic System (eROSES)

Aiman Mudzafar - Pengurus PI Linggi mengajar beliau cara membuat pendaftaran di laman-laman web tersebut. Sesi pembelajaran mengambil masa kira-kira 4 jam iaitu dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari dan bersambung selepas rehat pada 2 petang hingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali